Monday, December 16, 2013

Andainya ku bisa putarkan saat waktu,
Ku perbetulkan segala kesilapan lalu,
Andainya kupernah melukakan hatimu,
Izinkan aku mengubati jiwa ragamu,
Segala-gala suka dan duka,
tak pernah dapat ku lupa,
Daku manusia biasa,
dibawa dosa pahala,
Hidup didunia cuma sementara,
Janganlah leka jangan terpedaya,
Antara kaca dan juga permata.
Ku bersujud padamu,
berdoa pada yang satu,
Padamu aku mengadu,
Allah yang satu,
Mohon petunjuk darimu,
berderai air mataku,
Ku ingin dekat denganmu.
Andainya kubisa hidup seribu tahun lama lagi,
Ku kota kata kata yang telah ku janji,
Andainya ditakdirkan esok aku pergi,
Susun sepuluh jari memohon diampuni,
Janganlah bersedih berduka,
Berjumpa disana semula,
Kembali kepada pencipta,
Diruang yang luas terbuka,
Pintu syurga dan neraka,
Bertapa kau bersedih berduka dijiwa gelora didalam dilema menanggung derita


#alhaqmawi
Bila kita bercakp sesuatu yg baik bkn makna kita yg terbaik. Kadang2 yg menerima bnda yg baik dari kita kita itu boleh jdi yg trbaik dari kita... jadilah manusia yg bermanafaat pda dirinya dan pada org lain....
" Jadilah kamu orang yang baek. Apabila ada disenangi. Apabila tiada dirindui. Apabila mati ditangisi. "
::: by Saidina Ali RA  :::

Friday, October 18, 2013


“Sesungguhnya orang-orang munafik itu melakukan tipu daya terhadap Allah dan Allah pula tetap membalas tipu daya mereka. Mereka pula apabila berdiri solat, mereka berdiri Dengan malas.
Mereka bertujuan riak (memperlihatkan solat) kepada manusia, dan mereka pula tidak mengingati Allah (didalam solat) melainkan sedikit sekali.”
(An-Nisaa:142)
Rasulullah saw. Bersabda bermaksud: “Janganlah ada diantara kamu yang bercita-cita hendak mati. Sekiranya ia seorang yang baik mudah mudahan ia dapat menambahkan lagi kebaikan, dan sekiranya ia seorang yang jahat mudah mudahan ia dapat bertaubat kepada Allah.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
I fear not the man who has practiced 10,000 kicks once, but I fear the man who has practiced one kick 10,000 times.
Bruce Lee

Thursday, May 2, 2013

“Pesanan Luqman kepada anaknya, “Sepanjang hidupku, aku hanya memilih 8 kalimah dari pusaka para Nabi yang lalu iaitu :- 
a. Apabila engkau sedang solat kepada Allah s. w. t. maka jagalah baik- baik fikiranmu.
b. Apabila engkau berada di rumah orang lain, maka jagailah pandanganmu.
c. Apabila engkau berada di tengah-tengah majlis maka jagalah lidah mu.
d. Apabila engkau hadir dalam jamuan makan maka jagalah perangai mu.
e. Ingat kepada Allah s. w. t.
f. Lupakan budi baik mu pada orang lain.
g. Lupakan semua kesalahan orang lain terhadapmu.
h. Ingat kepada mati”

Friday, April 26, 2013

“Carilah hatimu di tiga tempat. Temui hatimu sewaktu bangun membaca Al Quran. Tetapi jika tidak kau temui, carilah hatimu ketika mengerjakan solat. Jika tidak kau temui juga, kau carilah hatimu ketika duduk tafakkur mengingati mati. Jika kau tidak temui juga, maka berdoalah kepada Allah, pinta hati yang baru kerana hakikatnya pada ketika itu kau tidak mempunyai hati!” (Imam Al-Ghazali)”

Wednesday, April 24, 2013

Saturday, April 20, 2013

Kem Prs .. best oo ~











sazali samad ~...

bos

Ogawa kastawisoto


so Beatifull

cantik ..


saat mengilaa sudah merasa .. haha

We Are PRS 2013 smksis

ikan makan tisu




Thursday, April 4, 2013

Janganlah kita menghina seseorang kerana kesalahan atau dosa2nya. Kerana bila Allah telah memilih "dia" maka Allah akan memuliakan seseorang itu lebih mulia dari kamu... 

Monday, March 25, 2013

5 S dari Jepon.. Nippon go..


Program 5S adalah usaha keseluruhan organisasi bagi menjadikan tempat kerja bersih, tersusun, bersistem dan lebih produktif. Melalui amalan 5S, kita akan membina disiplin dan etika kerja yang baik di kalangan warga kerja yang akan menghasilkan prestasi kerja yang lebih baik, kerja berkualiti, memupuk semangat berpasukan dan tolong-menolong yang tinggi. 5S ialah lima perkataan Jepun iaitu Seiri, Seiton, Seiso, Seiketsu dan Shisuke. Amalan 5S meliputi pengetahuan teknikal, praktikal, logik untuk menghasilkan teknik yang paling berkesan bagi mewujudkan budaya peningkatan secara berterusan atau dikenali sebagai Kaizen dalam Bahasa Jepun.  
Objektif Utama Program 5S
·         Memberi kesedaran tentang kepentingan dan faedah pelaksanaan Program Amalan 5S.·         Membina budaya Kaizen di tempat kerja.·         Membina kerjasama melalui penyertaan semua.·         Membina amalan kepimpinan pengurus dan penyelia.

Langkah-langkah Pelaksanaan 5S 

Langkah Pertama - Mengamalkan Seiri (Sisih)
·         Kenalpasti dan mengasingkan barang yang tidak perlu untuk pelupusan dan merekod (jika perlu).·         Melakukan aktiviti sisih secara berterusan mengikut keperluan. 

Langkah Kedua - Mengamalkan Seiton (Susun)

·         Menyusun dan menyimpan barang dengan kemas supaya mudah diambil dan disimpan semula.
·         Tempat simpanan boleh diambil oleh semua kakitangan di tempat yang mudah dilihat dan dikesan.
·         Barang atau dokumen yang kerap digunakan diletak dekat/berhampiran dengan tempat yang mudah dicapai.
·         Semua barang dan tempatnya mesti ditunjuk dengan label yang jelas. ·         Gunakan warna label bagi mendapatkan keceriaan. 

Langkah Ketiga - Melaksanakan Seiso (Sapu)
·         Bentuk tugas pencucian dan mengemas mengikut kumpulan.
·         Amalkan Seiso 5-10 minit setiap hari.
·         Patuhi jadual mencuci dan memeriksa peralatan dan keselamatan bagi menwujudkan tempat kerja yang selesa dan selamat.
·         Mempamerkan peta kawasan pembersihan dan tugasan.
·         Menggabungkan aktiviti sapu,kilatkan, semak dan betulkan.
·         Buat dengan kerjasama semua kakitangan.
·         Galakkan kawan sekerja memberi idea kreatif untuk penambahbaikan tempat kerja yang produktif.
·         Anjurkan gotong royong 2 kali setahun. 

Langkah Keempat - Melaksanakan Seiketsu (Seragam)
·         Bila mengulangi tiga konsep di atas iaitu Sisih-Susun-Sapu,tempat kerja akan menjadi bersih dan tersusun.
·         Melihat kepada perkara-perkara yang tidak normal atau ''abnormality".
·         Peraturan yang boleh dipatuhi oleh semua kakitangan diwujudkan.

Langkah Kelima - Mengamalkan Shitsuke (Sentiasa Amal)
·         Mematuhi setiap peraturan, standard, peringatan yang diwujudkan.
·         Latihan dan perkongsian berterusan.
·         Wujudkan semangat berpasukan.


Saturday, February 23, 2013

Cara Nak Jadi Pandai :

Sari dua ni saya berasa malas sikit, tapi saya cuba untuk melawannya.. Ya Allah.. Tolong..

Cara Nak Jadi Pandai :

1) Sentiasa membuat study group, cthnya satu hari kita buat di rumah kawan tu, dan hari esokkannya study di rumah kawan yang lain pula. InshaAllah, kita study 4/ 5 jam pon x brase bosan...

2) Sentiasa mengulangkaji subjekyang paling anda benci. cth, Math, BI

3) Deaktif facebook.